Monday, November 17, 2008

juz 4 knowledgement!!

Seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, mengedar atau menagih dadah dan alkohol, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Siapakah yang bersalah?
Remaja adalah seorang anak manusia yang berusia 14-21 tahun. Di dalam keadaan ini mereka sangat rawan terhadap apapun, mereka selalu ingin mencoba segala sesuatu yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.
Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di Nusantara ini dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa-masa lepas di Singapura sendiri. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masakini hidup dengan penuh dugaan demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai masalah sosial di kalangan mereka yang bergelar remaja.
Permasalahan sosial di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan banyak pihak terutama sekali golongan ibu bapa dan golongan pendidik. Adakah keruntuhan akhlak remaja ini berlaku seiring dengan pembangunan negara dan kemajuan teknologi? Adakah akhlak remaja semakin jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi?

Punca Permasalahan
Penyakit ini sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Ia disebabkan oleh banyak faktor yang di antaranya adalah suasana persekitaran yang berubah secara mendadak terutamanya dengan pengaruh media massa dan elektronik yang saban hari memaparkan tentang eksploitasi terhadap wanita dan kebebasan remaja yang keterlaluan yang banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja. Dengan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pergaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar dibendung lagi.
Pemerintah Singapura telah diusulkan dengan bermacam-macam cara untuk menarik minat dan perhatian remaja dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah namun usaha dan usulan sedemikan yang giat dilaksanakan dengan bantuan badan-badan tertentu tidak begitu berjaya menarik minat remaja secara menyeluruh.
Dari perspektif peribadi, tanggungjawab membanteras masalah sosial sebegini bukan sahaja tanggungjawab pemerintah dan pihak sekolah malah tanggungjawab ini harus dipikul oleh semua pihak, terutama golongan ibu bapa itu sendiri. Adalah tidak munasabah sekiranya pihak ibu bapa sekadar menuding jari kepada lain-lain pihak sekiranya anaknya bertindak liar.

Tanggungjawab Ibu Bapa
Sabda Rasulullah s.a.w:"Anak adalah titipan dari Allah SWT yang harus dijaga". Dengan didasari sabda Rasuluilah tersebut, maka orang tua harus berhati-hati di dalam membimbing putera-puterinya yang beranjak dewasa. Apalagi sekarang di zaman globalisasi yang penuh kebebasan akan apapun, sehingga jika tidak dapat membawa diri, maka akan terjerumus kepada perbuatan-perbuatan yang negatif dan merugikan.
Ibu bapa haruslah memberi sepenuh kasih sayang dan didikan agama yang mencukupi agar mereka tidak terjebak dalam aktiviti yang kurang berfaedah. Jiwa dan hati remaja harus dididik dengan cara yang betul dan ditanam dengan nilai-nilai sempurna untuk memastikan bahawa masalah ini dapat dibendung.
Sekiranya masalah ini tidak dapat dibendung ialah maka pembangunan negara akan terjejas kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Memahami Perasaan Remaja

Remaja seringkali dihinggapi perasaan-perasaan yang negatif seperti marah, kesal, bosan, bingung, kecewa, ragu-ragu, tidak nyaman serta merasa tidak dicintai.

Untuk memahami perasaan remaja, orang tua harus menerima dulu perasaan dan ungkapan remaja terutama ketika ia sedang mengalami masalah, agar ia merasa nyaman dan mahu melanjutkan pembicaraan dengan orang tua. Selanjutnya orang tua akan lebih mengerti apa yang sebenarnya dirasakan remaja.

Tanggungjawab Pihak Sekolah
Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi. Sebagai organisasi formal, sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri. Pengetua bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kukurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar.
Kini, guru tersepit dalam menghadapi karenah pelajar bermasalah yang datang daripada pelbagai latar belakang dan corak pendidikan ibu bapa. Sering kedengaran rintihan ibu bapa yang tidak boleh lagi membentuk dan mendidik anak-anak mereka, lalu merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang sukar untuk ditangani kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan teguran guru. Dalam pada itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar bermasalah.

Namun kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui pelbagai cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi walaupun menyedari kesan negatif yang mungkin menimpa diri.
Musabab Yang Lain dan Akibatnya
Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini terjadi daripada beberapa faktor. Antaranya selain dari yang diberikan di atas merupakan pengaruh atau ugutan daripada rakan sebaya, kekurangan ilmu menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar dan mempunyai sikap yang ingin mencuba sesuatu yang tidak baik.
Globalisasi sebenarnya tidak bermaksud kebebasan yang tidak ada batasnya, tetapi bermaksud kebebasan setiap manusia untuk menunjukkan seluruh potensinya sehingga dapat membawanya perubahan yang bererti baik pada diri sendiri mahupun orang lain.
Dalam era globalisasi ini banyak sekali berlaku pengekploitasian terhadap segala sesuatu iaitu ilmu pengetahuan sampai hal-hal yang bersifat pornografi yang membahayakan mental generasi muda kita. Remaja memang suka ikut-ikutan terhadap hal-hal yang baru dan trendy misalnya mewarna rambut, memakai anting-anting (laki-laki) atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat serius iaitu pengambilan minuman keras, narkotik dan pergaulan bebas yang menjurus kepada free sex (seks bebas) yang giat dilakukan oleh remaja.

Modenisasi

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi. Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi ini. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka dan jiran mereka sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas – diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam masyarakat moden.

Media Massa / Internet
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa.
Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.
Selain daripada video cakera padat (VCD), bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul.

Ideologi Kebebasan Bertingkah Laku
Kebebasan bertingkah laku di negara Barat telah banyak membawa akibat yang buruk dalam masyarakat mereka. Apakah kita sepatutnya mencontohi mereka? Adakah semua yang dibawa Barat baik? Rancangan Barat yang berunsur realiti banyak memperlihatkan adegan yang tidak selaras dengan kebudayaan Timur. Pernah satu ketika seorang pelajar berumur 14 tahun bertanya kepada gurunya, “MengapakahMat Saleh tu boleh tidur dengan perempuan yang bukan isterinya?”
Rancangan televsiyen ‘Are You Hot?’ pastinya mengghairahkan remaja kerana memaparkan pertandingan yang menyaksikan peserta wanita Barat menunjukkan tubuh badan dengan hanya memakai pakaian dalam, manakala pengadilnya menyuluh lampu picit laser ke arah bahagian sensitif wanita untuk memberikan komennya. Begitu juga rancangan siri realiti di televisyen Singapura sebelum ini, yang menyaksikan sepasang kekasih dipisahkan di dua pulau berasingan, untuk digoda oleh orang lain kononnya untuk menilai sejauh mana kesetiaan cinta pasangan terbabit.
Maka adegan mengghairahkan ditonjolkan kepada penonton, dengan pasangan hampir berbogel berjalan di pantai, bersuka ria dan mabuk beramai-ramai di kolam mandi dan kucup mengucup dengan rakus memuaskan hawa nafsu.
Rancangan televisyen sebegini seolah-olah memberikan satu fahaman bahawa orang ramai boleh mengadakan seks rambang selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan di antara dua pihak. Tahukan anda bahawa fahaman sebeginilah yang mendedahkan masyarakat kepada penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya.

Pertalian Pakaian dengan Kes Rogol
Anak-anak muda kini diajak menjadi golongan yang berfikiran terbuka. Malangnya, minda mereka dicemar oleh konsepsi kehidupan yang membawa kepada kecelaruan. Zaman ini perempuan Melayu Islam yang memakai mini skirt, seluar pendek atau memadankan tubuh dengan bikini dan bertanding dalam peraduan ratu cantik di khayalak ramai tidak dianggap sebagai pesalah. Golongan wanita muda yang berpakaian menjolok mata tidak dapat menerima pendapat bahawa merekalah yang memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan pencabulan kehormatan.
Memang benar malaysia ini merupakan sebuah kota kosmopolitan dengan paduan pelbagai unsur budaya dan agama. Dengan itu tidaklah mampu kita bubarkan atau tutup sama sekali pusat-pusat maksiat, kedai-kedai arak dan disko. Tetapi sekiranya kita dapat mendidik anak-anak kita akan keburukan yang timbul apabila kaki mereka menjejaki lantai tempat-tempat tersebut, insyaAllah mereka akan elakkan diri dari tempat yang dinyatakan tadi. Ketahuilah anda bahawa tempat-tempat sebeginilah yang menjadi sarang untuk remaja bukan sekadar meminum minuman keras dan mendapatkan pil khayal seperti pil estacy, malah ia merupakan pusat untuk mereka melepaskan nafsu syahwat dengan melanggani pelacur yang ada di samping berlakunya pergaulan yang amat bebas antara lelaki dan wanita.

Dunia Cinta Remaja
Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu ia akan membawa kepada masalah sosial. Isu terkini benarkah remaja kini banyak terlibat dalam aktiviti seks bebas? Mereka bercinta dan seks serentak demi cinta sejati.
Remaja lelaki dan perempuan masa kini menghadapi masalah sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan penciptanya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
Mungkin ada cara untuk menangani permasalah percintaan. Para remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.
Mengisi Waktu Luang Remaja
Banyak ahli ilmu sosial menganggap perlunya bimbingan terutama yang menyangkut penggunaan untuk mengisi waktu luang bagi remaja. Sering dijumpai remaja-remaja yang masih berseragam sekolah berkeliaran di pusat perbelanjaan atau bergerombol di tepi jalan melihat orang-orang yang berlalu-lalang. Kegiatan semacam ini dirasakan kurang bermanfaat dan dapat menimbulkan berbagai masalah sosial, seperti mengganggu ketentraman, perkelahian dan sebagainya.
Pelajar yang lebih sibuk dan menyukai kesibukan, umumnya memiliki waktu luang yang terbatas. Mereka cenderung kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak bererti. Pengisian waktu luang yang kurang terarah, akan mendesak kegiatan yang kurang terarah seperti perbuatan negatif merusak ataupun keterlibatan mereka pada tawuran.
Hal yang perlu diingat adalah kegiatan apa saja yang dipilih oleh seseorang, khususnya remaja, sebagai pengisi waktu luangnya tidak lepas dari dukungan keluarga dan pihak sekolah berupa penyediaan sarana dan juga dorongan atau pengarahan untuk mengikuti kegiatan-kegiatan tertentu. Selain itu kegiatan waktu luang yang dipilih seseorang juga dipengaruhi oleh keperibadiannya.

Kembali kepada Akal Budi Islam

Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan semua suruhan agama dan menjauhkan segala larangannya.
Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t dengan diberikan qadarnya iaitu beberapa naluri dan keperluan organik. Keperluan organiknya mesti dipenuhi jika tidak manusia akan kebuluran. Naluri manusia mestilah dipenuhi jika tidak manusia akan dirasuk resah. Islam tidak menafikan naluri manusia dan tidak mengekang naluri manusia. Islam mempunyai suatu sistem yang datangnya dari pencipta menusia sendiri iaitu Allah swt. yang sendirinya tahu tentang baik atau buruk bagi manusia itu. Syariah adalah undang undang Allah swt. untuk mengatur naluri manusia. Gunakanlah syariah dalam kehidupan kita untuk menuju ke arah suatu landasan yang akan mendatangkan kebaikan di dunia ini.

Kesimpulan
Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbangkan sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini.
Sebagai penjaga kepada anak-anak, pihak ibu bapa haruslah lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar. Marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa, rakyat dan malaysia yang tercinta.

Thursday, November 13, 2008

want diz book tp da sold out! huhu.



ANDAI ITU TAKDIRNYA
SITI ROSMIZAH
RM19.90
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.

what we need in life??

We need to feel more to understand others
We need to love more to be loved back
We need to cry more to cleanse ourselves
We need to laugh more to enjoy ourselves

We need to establish the values ofhonesty and fairnesswhen interacting with people
We need to establish a strong ethical basisas a way of life

We need to see more than our own little fantasies
We need to hear more and listen to the needs of others

We need to give more and take less
We need to share more and own less
We need to realize the importance of family as a backbone to stability
We need to look more and realize that we are not so different



Saturday, November 1, 2008

yesterday is past today is reality..

knp org x dapt bezakn antara semalam dan hari ini?? sdgkn kter jlas nmpk perbezaanny. sy x mtak dijadikn mcm nie.. tp i2 la sy baek arie nie mahu p0wn esok. knp sy yg asek dtmpa mlang?? im sick 4 all diz kind of problem. dari saya dalam kandungan mak saya lg sy dah ditakdirkan akan idop keseorangan dan melihat org sekeliling saya yg bahagia. parents bz. smpi kdg 2 nk berborak pown ssh, tp sy dah lpekan 2 suma,sy dah buang semua pmikiran negatif saya ttg parents saya. saya da mler bley trime sdikit demi sdikit. saya jga manusia biase yg sntiase imgin disayangi oleh org yg sy syg dan dlm mse yg sme sygkn sy.. adakah i2 sume hanya trdapat dalm sbuah kisah dongeng yg stiap org impikan.. dari kecil sy mnagis sndrian,berduka sndirian dan sy berharap sua2 arie nnt ada org g sudi mjd tman utk 2 semua. berkongsi segala saat2 brsama saya. x kire ianya manis ataup0wn pahit..



mustahil ker 2 sume utk saya kecapi?? dia yg mle mgajar saya aper i2 kash syg yg sebenar.. rndu utk kekasih..kejujuran yg perlu ada dlm sesebuah prhubungan. tp naper dia juga yg memusnahkan segalanya..
tp dalam mse yg sme sy amat bersyukor kerana sy msh ada kawan yg sgt memahami.. dorang yg sudi dgr dan layan kerenah saya yg mengada2,garang,kasar,gler dan so on..lgsung x jemu mndgr luahan hati ttg masalah yh sy hadapi dan membalasnya dgn nasihat yg bernas. saya dah mler pnat dgan aper yg sy lalui skarang. knp duer x sdar bahawa sy btol2 sygkn dier. walaupown sa2 arie nnt mgkn sy x bersame die. syg sy hnya utk dier wlupown mgkn akn ada mncul lelaki yg lbh baek dan ensem drpd dier. sejujorny sy adalah seorg yg cerewet tp ble bersame die sy lpekan sume skap burok sy kdg2 ue trlpas rr jgak.. manusia ann.. knpsume nie harus berlaku kpd sy??? help me!! i need someone rite now.. huhu..
:(